23. KISAH WALI : RABI'ATUL ADAWIYYAH AL-BASRIYYAH
Berasal
dari keluarga yang miskin. Hingga dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk
memasang lampu dan tidak ada kain utk. membalut badan beliau.
Berpisah
dari adik beradiknya yang empat selepas bapak beliau meninggal dunia dan
ditangkap oleh penyamun dan dijadikan hamba abdi utk. dijual.
Tatkala
beliau sedang berlari menyelamatkan diri dari serangan orang jahat beliau
terjatuh dan tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah, "Ya Allah! aku
ini orang yatim dan abdi, sekarang tangan ku pula patah. Tetapi aku tidak
perdulikan itu asalkan Kau rida dengan ku. Tetapi nyatakanlah keridaan Mu itu
kepada ku."
Tatkala
itu terdengarlah satu suara, "Tak mengapa semua penderitaan mu itu, di hari
akhirat kelak kamu akan ditempatkan di peringkat yang tinggi hingga malaikat pun
keheranan melihat mu."
Suatu hari tuannya terdengar akan suara rayuan beliau; "Ya Allah, Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu, dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa. Jikalau aku bebas akan aku habiskan seluruh waktu malam & siang dgn. beribadat kepada Mu, tetapi apa kan daya ku karena Kau jadikan aku hamba kepada manusia."
Tuannya
itu terus merasa berdosa jika tidak membebaskan orang yg. begitu hampir dengan
Allah, sebaliknya tuannya itu pula ingin menjadi khadam kepada beliau.
Suatu
ketika semasa beliau sedang menuju Ka'abah melalui satu kawasan hutan,
dilihatnya Ka'abah datang mempelawanya. Melihatkan itu beliau berkata, "Apa
hendaknya aku kepada Ka'abah ini; aku hendak bertemu dengan Tuan Ka'abah itu
sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu Orang yg. selangkah menuju Dia,
maka Dia akan menuju orang itu tujuh langkah? Aku tidak mahu hanya melihat
Ka'abah, aku mahu Allah."
Pada
masa itu juga Ibrahim Adham sedang dlm. perjalan menuju Ka'abah. Beliau
mengambil masa selama 14 tahun utk. sampai ke Ka'abah dengan amalan
bersembahyang pada setiap langkah dlm. perjalanan beliau itu. Apabila sampai
beliau berasa hampa mendapati Ka'abah tidak ada ditempatnya dan kedengaran
olehnya satu suara menyatakan, "Ka'abah telah pergi melawat Rabi'atul
Adawiyyah."
Apabila
Ka'abah telah kembali ke tempatnya & Rabi'atul Adawiyyah sedang berada
disisi Ka'abah, maka Ibrahim pun segera menemui beliau dan memarahi akan
perbuatan beliau itu yg. membuat haru biru di dunia ini. Beliau pun menjawab,
Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu; tetapi kamu dgn. sikap ria kamu
(mencari publisiti), hendak menuju Ka'abah mengambil masa 14 tahun. Ibrahim
mengaku yg. ia sembahyang setiap langkah dlm. perjalannya. Rabi'atul Adawiyyah
berkata, "Kamu isi perjalanan kamu dengan bersembahyang, tetapi aku
mengisinya dengan perasaan tawaduk & khusyuk."
Suatu
hari Hasan Al-Basri melihat beliau dikelilingi
oleh binatang liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Hasan
AL-Basri pergi menujunya, binatang itu semua lari. Hasan bertanya, "Kenapa
binatang itu semua lari?"
Sebagai jawapan Rabi'atul Adawiyyah bertanya, "Apa yang kamu makan pada hari ini?"
Hasan menjawab, "Daging."
Rabi'atul
Adawiyyah berkata, "Oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari, aku
hanya memakan roti kering."
Suatu
hari Rabi'atul Adawiyyah pergi berjumpa Hasan AL-Basri. Hasan sedang menangis
terisak-isak kerana bercerai (lupa) kepada Allah. Oleh kerana hebatnya tangisan
beliau itu, hinggalah air matanya mengalir di longkang rumahnya. Melihatkan itu,
Rabi'atul Adawiyyah berkata, "Janganlah tunjukkan perasaan sedemikian ini
supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tengelam dalamnya dan kamu
tidak akan mendapat dimana tempatnya."
Suatu hari Hasan Al-Basri melihat Rabi'atul Adawiyyah sedang berada dalam satu perhimpunan aulia Allah, beliau terus pergi berjumpa Rabi'atul Adawiyyah dan berkata, "Rabi'atul Adawiyyah, marilahlah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air tasik sana dan berbincang hal-hal keruhanian di sana."
Rabi'atul
Adawiyyah berkata, "Hasan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu. Jika kamu
hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan ini, maka kenapa kita tidak
terbang sahaja dan berbincang di udara?"
Hasan
meminta maaf kerana beliau tidak berkeupayaan berbuat demikian. Rabi'atul
Adawiyyah berkata, "Ketahuilah apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh
buat, dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah sesuatu yang
lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan
santun terhadap Allah"
Seseorang
hamba Allah bertanya kepada beliau tentang perkara kahwin. Beliau menjawab,
"Orang yg. berkahwin itu ialah orang yg. ada dirinya. Tetapi aku bukan
menguasai badan dan nyawa ku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhan ku. Pintalah
kepada Allah jika mahu mengahwini aku."
Beliau
pernah bermimpi bertemu Nabi Muhammad S.A.W dan baginda bertanya kepada beliau
samada beliau pernah mengingatNya sebagai sahabat. Beliau menjawab, "Siapa
yg. tidak kenal kepada Tuan? Tetapi apakan daya ku, cinta kepada Allah telah
memenuhi seluruh jiwa ku, hinggakan tidak ada ruang utk. cinta kepada Mu atau
benci kepada syaitan."
Rabi'atul
Adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau
menangis.
Suatu hari beliau melihat seorang yg. sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau lalu bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala.Beliau bertanya lagi, "Berapakah umurmu?"
Jawab orang itu, "tiga puluh"
Beliau bertanya lagi, "Hingga hari ini bagaimana keadaan kamu sebelumnya?"
Kata
orang itu, "Sihat-sihat sahaja"
Rabi'atul
Adawiyyah pun berkata, "Selama 30 tahun Allah menyihatkan kamu tetapi kamu
tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada
Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali, dan setelah
mengetahui itu adalah hasil kurniaan Allah kepadamu, mereka akan memuji Allah.
Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, terus saja membalut kepalamu
dah pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadap kamu.
Kenapa kamu berlaku sehina itu!"
Orang
berkata, "Rabi'atul Adawiyyah, Allah mengurniakan ilmu dan kenabian kepada
lelaki, dan tidak pernah kepada perempuan, tentu sekali kamu tidak dapat
mencapai pangkat kewalian yang tinggi itu kerana kamu perempuan. Oleh itu apakah
faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?"
Beliau
menjawab, "Apa yang kamu kata
itu benar, tetapi cubalah katakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah
mencapai taraf kehampiran dengan Allah lalu berkata, 'Akulah yang hak'. Di
samping itu tidak ada seorang wali yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum
lelaki sahaja."
Beliau
berkata lagi, "Seorang perempuan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah
adalah lelaki (dari segi pencapaian taraf & hak keistimewaan) dan bukannya
perempuan."
Suatu
hari beliau jatuh sakit, lalu orang bertanya kepadanya sebab sakitnya itu.
Beliau
berkata, "Hatiku cenderung hendak mencapai syurga, satu hari yang lampau.
Kerana itu, Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai hukuman."
Suatu
hari Rabi'atul Adawiyyah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab dia sakit.
Beliau berkata, "Hatiku terlalu cenderung hendak mencapai syurga, suatu
hari yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhkan sakit ini sementara sebagai
hukuman".
Suatu masa beliau berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir puasanya itu, beliau merasa sedikit lapar. Tiba-tiba datang seorang hamba Allah membawakan semangkuk bubur manis kepada beliau, lalu diambilnya dan diletakkan di satu penjuru rumahnya itu. Beliaupun pergi hendak memasangkan lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan bubur tadi.
Melihat
itu terfikirlah beliau hendak meminum air kosong sahaja pada malam itu. Takala
beliau hendak mengambil bekas air, lampu pun terpadam dan bekas berisi air itu
terjatuh lalu pecah. Beliaupun mengeluh sambil berkata, "Tuhanku, kenapa
Engkau lakukan begini padaku?"
Terdengar
suara berkata, "Rabi'atul Adawiyyah, jika kamu hendakkan kurnia dunia, Aku
boleh berikan padamu, tetapi akan menarik balik darimu siksaan dan kesakitan
yang Aku beri padamu. Kurnia dunia dan siksaan Aku tidak boleh duduk
bersama-sama dalam satu hati. Rabi'atul Adawiyyah, kamu hendakkan satu perkara,
dan Aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan tidak boleh duduk
bersama dalam satu hati". Semenjak daripada itu beliau membuang segala
kehendak kepada dunia.
Sufyan
Al-Thauri pernah berkata kepada beliau, "Kenapa kamu tidak memohon kepada
Allah untuk menyembuhkan kamu?" Beliau menjawab, "Kenapa aku perlu
merungut pula kerana itu adalah hadiah dari Allah kepadaku. Bukankah satu
kesalahan jika tidak mahu menerima pemberian Tuhan? Adakah bersahabat namanya
jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"
Suatu hari, Malik Bin Dinar pergi mengunjungi beliau. Kelihatan di dalam rumah beliau terdapat satu balang yang telah pecah untuk menakungi air minum dan untuk berwuduk, seketul bata sebagai bantal dan tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, "Jika kamu izinkan, akanku suruh seorang rakanku yang kaya untuk memberimu segala keperluan harian,"
Beliau
menjawab, "Adakah terdapat satu Tuhan yang menanggung aku dan satu Tuhan
lagi yang menanggung kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana
aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Ketahuilah sesungguhnya
Allah tidak lupa kepada sesiapapun jua. Kita tidak perlu memberi ingat
kepadaNya. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi
kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu"
Beliau
berkata, "Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam melihat Allah
hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya, dan dia tidak boleh membezakan
yang mana sakit dan yang mana senang".
Beliau
selalu berdoa, "Tuhanku! apa sahaja yang Engkau hendak kurnia kepadaku
berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku; dan apa sahaja kebaikan yang hendak
Engkau kurnia kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang beriman;
kerana aku hanya hendakkan Engkau. Kerana Engkau, biarkanlah aku tidak mendapat
syurga atau neraka, yang aku hendak hanyalah pandangan Engkau kepadaku
sahaja."
Seorang
hamba Allah pernah bertanya kepada beliau kenapa beliau tidak berkahwin. Beliau
menjawab, "Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya. Tetapi
aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhanku.
Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku".
Suatu
hari khadamnya berkata kepada beliau, "Puan, keluarlah dan mari kita
melihat keindahan kejadian Tuhan di musim bunga ini." Beliau menjawab,
"Duduklah di dalam rumah seperti aku berseorangan ini dengan melihat kepada
yang menjadikan, bukan yang dijadikan. Aku melihat Allah, bukan
kejadianNya".
Rabi'atul
Adawiyyah berkata, "Doaku padaMu ialah, sepanjang hayatku berilah daku
dapat mengingatiMu dan apabila aku mati kelak, berikanlah daku dapat
memandangMu".
p/s
Segala
bahan ini adalah menurut pandangan, renungan & kacamata perjalanan orang2
sufi,istilahnya adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan pemandangan
mereka, jadi pandanglah dan renunglah dari segi kerohanian & kebatinan &
janganlah disalah tafsirkan sesuatu Maksud dan Kehendak sekiranya kita tidak
memahaminya.
Firman
Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Tiap
orang atasnya kebinasaan dan Zat Allah tetap kekal yang mempunyai Sifat
Kesempurnaan dan Maha Agung."